Hai!!!!! Nice To Meet You.....

Thursday, July 8, 2010

Masjidil Haram

Masjidil Haram, kadangkala disebut juga Masjil al-Haram ataupun Al-Masjid al-Haram, adalah masjid paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Masjid ini terletak di Kota Makkah Al-Mukharamah. Masjid al-Haram dibina mengelilingi Kaabah, iaitu Qiblat umat Islam apabila mengejakan solat.

Semasa mengerjakan Ibadah Umrah bersama Mama.


Di depan Masjidil Haram bersama adik Ameera Hanna.

Wednesday, July 7, 2010

Masjid Al-Aqsa

Masjid Al-Aqsa adalah sebahagian daripada kompleks bangunan-bangunan agama-agama di Baitulmuqaddis dikenali sebagai Gunung Majed atau Al-Haram Al-Sharif dan tapak ibadah suci yang ketiga(Tapak Ibadah Suci) kepada Muslim dan Har ha-Bayit(Kuil Suci) kepada Yahudi.


Masjid ini terletak di Baitulmuqaddis Timur, satu kawasan pertelingkahan yang ditadbir sebahagiannya daripada Israel tetapi dituntut oleh Palestin sebagai sebahagian daripada Palestin yang baru. Masjid terbesar di Baitulmuqaddis, ia boleh memenuhi lebih kurang 5,000 orang yang beribadah didalam dan disekitarnya.


Masjid ini ditadbir oleh pihak Waqf sejak zaman pendudukan Israel pada tahun 1967.

Monday, July 5, 2010

Malaysia

Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang terletak di Asia Tenggara. Malaysia memepunyai dua kawasan utama yang terpisah oleh Laut China Selatan; iaitu Semenanjung Malaysia, bersempadankan Thailand di utara dan Singapura di selatan; dan Malaysia Timur bahagian utara Pulau Borneo yang bersempadan dengan Indonesia di selatan dan Brunei di utara. Malaysia adalah salah satu nagara perintis ASEAN.


Monday, June 28, 2010

Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad (s.a.w) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa  rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu rahmat kepada manusia selatan alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasulullah. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

Arab Saudi(Saudi Arabian)

Kerajaan Arab Saudi merupakan negara terbesar di Semanjung Arab. Ia bersempadan dengan Jordan pada barat laut, Iraq pada utara dan timur dan laut, Kuwait, Qatar Bahrain dan Amairah Arab Bersatu pada timur, Oman pada tenggara, dan Yaman pada selatan. Teluk parsi terletak ke timur laut dan Laut Merah ke Barat. Ia mempunyai anggaran populasi dari 27.6 juta, dan saiznya kira-kira 2,150,000 km persegi(830,000 batu persegi).


Kerajaan ini kadangkala dipanggil "Tanah dari Dua Masjid Suci" dalam rujukan kepada Makkah dan Madinah, dua tempat palin suci dalam Islam. Dalam bahasa inggeris, negara ini paling lazim dirujuk sebagai Arab Saudi.Kerajaan ini telah diasaskan oleh Abdul-Aziz bin Saud, iaitu usaha dimulakan pada 1902 apabila dia menawan tanah moyang Al-Saud Riyadh, dan berakhir pada 1932 dengan pengisytiharaan, dan pengakuan Kerajaan Arab Saudi.

Wednesday, June 23, 2010

Yanbu & jiran2ku

Saya dan keluarga tinggal di Harat Al Marjan, Yanbu.  Ayah saya bekerja di Yansab.  Saya ada 3 orang jiran. Seorang dalam jiran saya adalah bujang tapi sangat baik. Kami memanggilnya Uncle Acai.. Waktu petang sangat meriah kerana kami semua akan keluar bermain basikal. Mama pula boleh berbual-bual dengan Achik Ayu dan Achik Mira.


Kami juga dapat memetik buah kurma yang ada didepan rumah kami.

Tuesday, June 22, 2010

Masjid Nabawi


Masjid an-Nabawi atau Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullulah S.A.W. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid Al Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam islam.


Masjid ini asalnya dibina sendiri oleh Rasullulah, bersebelahan dengan rumah baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullulah semasa Hijrah ialah Masjid Quba.


Gambar yang sempat dirakam semasa kami dalam perjalanan dari Yanbu ke Madinah.

Di depan pintu masuk utama Masjid Nabawi.

Followers